Bermula 15 Mac ini, Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara berperingkat dengan menurunkan penumpang dari Pantai Timur terlebih dahulu, umum Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
“Sekiranya semua berjalan lancar, penumpang boleh mula menaiki bas dari terminal itu pada minggu kedua.
“Harapan dan sasaran kita adalah menjelang musim Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada penghujung bulan ini, mereka yang nak balik kampung boleh menggunakan terminal ini dan mengurangkan kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS),” katanya.
Selain itu, Loke mengharapkan TBG akan menjadi tumpuan orang ramai kerana ia lengkap dengan restoran, pelbagai kemudahan membeli-belah dan kemudahan dewan serbaguna yang boleh disewa orang ramai. Bagi golongan orang kurang upaya (OKU), terdapat platform khas bagi membantu memudahkan pergerakan mereka di TBG, lapor Berita Harian.
“Saya difahamkan, terdapat satu ciri penting di TBG di mana penumpang perlu menyatakan beliau adalah OKU.
“Ia kemudian akan dikesan dalam sistem dan dimaklumkan kepada pemandu untuk meletakkan bas di tempat mesra OKU,” katanya.
Akan datang, TBG bakal menjadi hab pengangkutan utama yang menghubungkan perkhidmatan bas, LRT, dan projek rel utama seperti East Coast Rail Link (ECRL). Penumpang dari Pantai Timur yang ingin ke Kuala Lumpur kini dengan mudah boleh melakukan perjalanan dengan adanya TBG.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?