NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Syarikat Bas Kenakan Tambang Berganda sempena Aidilfitri, MOT Arah APAD Siasat

Syarikat Bas Kenakan Tambang Berganda sempena Aidilfitri, MOT Arah APAD Siasat

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melakukan siasatan terhadap pemilik syarikat bas ekspres yang menaikkan tambang bas sempena perayaan Aidilfitri.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, susulan dengan pendedahan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini mengenai kenaikan harga tambang bas ekspres menghala ke Pantai Timur dari Kuala Lumpur, MOT telah menerima beberapa aduan.

“Jadi saya telah minta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyiasat syarikat bas tersebut mengenai perkara ini (kenaikan tambang). Kita ada dua kategori perkhidmatan bas, iaitu bas ekonomi dan eksekutif. Kalau bas ekonomi, harga tiket memang dikawal dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati.

“Bagi bas eksekutif pula, mereka ada perkhidmatan tambahan dan harga tiket ini memang tidak dikawal. Walaupun tidak dikawal, kategori eksekutif pun kita akan lihat, kalau dia naik keterlaluan, kita akan ambil tindakan. Jadi, perkara ini kita rujuk kepada APAD dulu untuk kita siasat syarikat ini,” katanya.

Tindakan tegas termasuk membatalkan lesen bakal menanti buat pemilik dan pengendali jika didapati bersalah. Sebelum ini, Loke telah mengumumkan bahawa hanya surcaj 10 peratus sahaja boleh dikenakan semasa tempoh perayaan dan tidak boleh lebih.

Sementara itu, bermula 24 Mac sehingga 8 April, operasi bersepadu akan dijalankan sempena perayaan Aidilfitri, lapor Sinar Harian.

“Ada beberapa kawasan telah kita kenal pasti sebagai hotspot, di Pahang sahaja ada 36 lokasi. Kita akan menempatkan pegawai (dan anggota) JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di (lokasi) hotspot tersebut,” tambahnya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD