NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Lelaki Maut, 3 Cedera dalam Nahas Kemalangan Melibatkan Lori Pengangkut Lembu

Seorang Lelaki Maut, 3 Cedera dalam Nahas Kemalangan Melibatkan Lori Pengangkut Lembu

Seorang lelaki berusia 29 tahun maut, manakala tiga yang lain mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan antara sebuah lori pengangkut lembu dan sebuah kereta di Selatan Pagar, Lenggong, Perak, awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12:49 pagi.

Menurut laporan The Star, daripada empat mangsa, seorang wanita dan seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an serta seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun mengalami kecederaan ringan. Mereka diselamatkan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, lelaki berusia 29 tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dalam kenderaan. Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy