Tindakan berani tapi berbahaya seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengundang padah apabila dia mengalami kecederaan serius selepas cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA), Ahad lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 9 malam di Kilometer 7.3 LKSA, remaja yang menunggang motosikal Modenas Kriss itu bertindak nekad membuat pusingan U secara berbahaya bagi mengelak ditahan polis. Namun, tindakan melulu itu membawa padah!
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal bin Ibrahim, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang bertugas cuba menahannya, tetapi dia terus memecut, melawan arus dan menaiki pembahagi jalan.
“Malangnya, motosikalnya dirempuh sebuah Toyota Hilux sebelum diseret di lebuh raya. Akibatnya, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan. Sumber Astro Awani.
Remaja itu segera dikejarkan ke Hospital Shah Alam dan kini masih menerima rawatan akibat patah paha kiri, patah bahu kiri serta kanan.
Siasatan awal mendapati mangsa cuba melarikan diri kerana tidak memiliki lesen memandu, manakala motosikal yang digunakannya juga tidak mempunyai cukai jalan sah.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 186 dan 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Insp. Vemal Subramaniam di talian 011-39216101 atau Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 017-2836851.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?