Ikut rapat kenderaan hadapan telah dikenalpasti sebagai punca utama kemalangan berlaku semasa musim perayaan pada tahun 2024.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kajian telah dijalankan berdasarkan jumlah kemalangan yang dicatatkan dan tidak peka sehingga terbabas sendiri juga merupakan antara faktor kemalangan jalan raya berlaku.
Selain itu, tidak perasan ada kenderaan atau objek lain di hadapan atau di sebelah kenderaan juga menyumbang kepada faktor kemalangan jalan raya berlaku.
“Faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang utama kemalangan ialah sikap cuai semasa keluar atau masuk simpang, cuba memotong kenderaan atau menukar lorong.
“Selain sikap, faktor teknikal kenderaan serta bentuk muka bumi jalan raya juga menjadi sebab kepada kegagalan pemandu untuk mengawal kenderaan sehingga berlakunya kemalangan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Sementara itu, beliau turut melancarkan Op Selamat 24 sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 Mac ini sehingga 3 April dan Op Lancar bermula 23 Mac sehingga 6 April.
Seramai 6,957 pegawai kanan polis dan pegawai rendah akan ditugaskan sepanjang Op Selamat berlangsung kali ini dan 25 lokasi hotspot serta 46 lokasi blackspot telah dikenal pasti di beberapa lebuhraya utama.
Pemantauan akan dibuat secara berterusan untuk membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah atau kecemasan dalam tempoh tersebut. Tindakan juga akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang dan menjurus kepada kemalangan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?