NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

PDRM Terima 2 Unit Peugeot 408 Sebagai Kereta Peronda, Kini Sedang Diuji

PDRM Terima 2 Unit Peugeot 408 Sebagai Kereta Peronda, Kini Sedang Diuji

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 2 unit Peugeot 408 daripada Peugeot Malaysia untuk tujuan ujian. Kenderaan ini dipinjamkan bagi menilai kesesuaiannya sebagai kereta peronda.

Seperti ujian kenderaan lain, kedua-dua unit Peugeot 408 dalam varian Allure akan menjalani ujian lapangan. Tempoh pinjaman tidak dinyatakan, tetapi biasanya ujian seperti ini berlangsung antara 3 hingga 6 bulan. Setelah tempoh ujian tamat, kenderaan akan dipulangkan kepada Peugeot Malaysia tanpa sebarang kos.

Menurut laporan Paultan, pada masa ini, PDRM banyak menggunakan Honda Civic, termasuk model generasi ke-11 (FE) yang terkini serta sejumlah besar unit 1.8S generasi FC, yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 selepas model awal digunakan sejak 2016.

Jika PDRM memilih untuk menggunakan Peugeot 408 ini, ia akan menjadi satu kelainan dari model kebiasaan yang digunakan sebagai kereta peronda.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy