Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan caj kesesakan bagi kenderaan persendirian di Kuala Lumpur buat masa ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau menjelaskan bahawa Jawatankuasa Kabinet bagi Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan lalu lintas telah membincangkan perkara ini secara terperinci sebelum ini. Kementerian berpandangan bahawa tumpuan harus diberikan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan langkah seperti ini.
“Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan (MOT) belum merancang atau memutuskan untuk melaksanakan caj kesesakan bagi kenderaan persendirian,” kata Loke menurut laporan Bernama.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan, yang ingin tahu sama ada kementerian akan mempertimbangkan caj kesesakan memandangkan isu sambungan Pengangkutan Awal dan Akhir (First Mile dan Last Mile) telah diselesaikan melalui perkhidmatan van transit mengikut permintaan.
Loke menyatakan bahawa kajian sedang dijalankan bagi menilai pelaksanaan caj kesesakan ini. Kajian yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia ini meneliti aspek seperti mekanisme pelaksanaan, kesannya terhadap pengurangan jumlah kenderaan, serta sama ada ia dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Selain itu, kementerian juga sedang melaksanakan Kajian Pelan Strategik Pengangkutan Awam Lembah Klang. Kajian ini merangkumi analisis corak perjalanan, yang akan dijadikan penanda aras untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam, bukan sahaja di Lembah Klang tetapi juga di negeri lain.
Loke menegaskan bahawa negara maju biasanya hanya melaksanakan caj kesesakan selepas mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?