Sebanyak 1,906 kemalangan dengan 10 kematian telah direkodkan di seluruh negara setakat semalam, lapor Kosmo!.
Berdasarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pada Selasa dan Rabu lalu, sebanyak 3,738 kes kemalangan secara keseluruhan telah direkodkan.
“Pada Selasa, JSPT menerima 1,832 kes kemalangan membabitkan 8 kematian, manakala hari berikutnya angka meningkat dengan 1,906 kes dan 10 kematian.
“Statistik merekodkan peningkatan 74 kes, manakala jumlah kematian pula adalah 18 mangsa dalam tempoh dua hari,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang di jalan raya terutamanya ketika musim perayaan ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?