NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lamborghini Tidak Disita JPJ, Hanya Dikenakan Saman kerana Tiada Lesen

Lamborghini Tidak Disita JPJ, Hanya Dikenakan Saman kerana Tiada Lesen

Tidak disita, sebaliknya hanya dikenakan saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan sebelum ini terhadap seorang pemandu dan pemilik kepada Lamborghini Aventador.

JPJ WPKL memberitahu bahawa pemandunya yang merupakan seorang pencipta kandungan media sosial berwarga China, hanya dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar, pada Selasa.

“JPJ WPKL hanya mengeluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan berkenaan pulang.

“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” katanya menurut laporan FMT.

Pencipta kandungan media sosial itu dilaporkan memandu kereta mewah miliknya untuk pulang ke rumah di Damansara Heights bersama teman wanita, selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy