NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kilang Alat Ganti Kereta di Kajang Terbakar, 40 Peratus Struktur Terjejas

Kilang Alat Ganti Kereta di Kajang Terbakar, 40 Peratus Struktur Terjejas

Sebuah kilang alat ganti kenderaan di Bandar Teknologi Kajang dilaporkan terbakar awal pagi Khamis, mengakibatkan sebahagian struktur bangunan musnah.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 6.05 pagi.

“Seramai 17 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dengan bantuan BBP Bangi telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran sedang marak melibatkan sebuah bangunan kilang yang diklasifikasikan sebagai bangunan Kelas A.

“Kebakaran melibatkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan struktur bangunan tersebut. Namun, tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran pada jam 6.25 pagi,” katanya.

Beliau turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Operasi pemadaman dan pemantauan rapi masih diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh membahayakan kawasan sekitar.

Sumber : Sinar Harian

Hanani Nezam

Memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Komunikasi Massa dari UiTM, Hanani Nezam adalah seorang penulis automotif gaya hidup yang dinamik. Teras penulisan beliau memfokuskan kepada garapan berita industri permotoran yang segar, pantas, dan relevan untuk komuniti automotif generasi baharu.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy