Seorang pemandu van sekolah telah ditahan oleh pihak polis kerana memandu van sekolah melawan arus di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan telah tular di media sosial baru-baru ini.
Pemandu tersebut yang merupakan seorang warga emas berusia 70 tahun didapati dalam perjalanan menuju ke Jalan Raja Uda dari arah Jalan Bagan Lalang.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, pemandu tiba-tiba mendakwa berasa pening kepala setibanya di persimpangan Jalan Bagan Lalang memasuki BORR.
“Dia kemudian tanpa sedar meneruskan perjalanan secara melawan arus di BORR sehinggalah ditahan polis di Kilometer (KM) berhampiran Kampung Teluk, Sungai Dua. Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan akibat perbuatan pemandu van ini.
“Pemandu van kemudian ditangkap dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Trafik untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tiada penumpang atau pelajar sekolah dilaporkan berada di dalam van sekolah berkenaan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?