NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kemalangan di Rembau ragut nyawa pemandu kereta melibatkan lori

Kemalangan di Rembau ragut nyawa pemandu kereta melibatkan lori

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed memaklumkan, insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 242 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, hari ini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah lori yang membawa muatan batu konkrit dari arah Senawang menuju ke Ayer Keroh hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan. Akibatnya, lori tersebut menghimpit sebuah Perodua Myvi yang dipandu mangsa ketika cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang berhenti secara mengejut.

Dalam masa yang sama, satu lagi lori dari arah bertentangan (Ayer Keroh ke Senawang) turut terbabas ke kiri jalan selepas mengelak batu konkrit yang bertebaran di laluan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, pemandu lori yang membawa muatan batu konkrit berusia 38 tahun mengalami kecederaan pada bahagian dada dan kaki, manakala pemandu lori kedua tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy