Seorang lelaki berusia 25 tahun bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh seorang penghantar makanan hingga maut.
Mangsa, Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, dilaporkan maut di tempat kejadian selepas dirempuh ketika sedang berhenti untuk membantu mangsa kemalangan lain di Jalan Kota Tinggi–Johor Bahru, berhampiran Taman Desa Jaya. Kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan bahawa kertas siasatan telah lengkap dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Suspek akan didakwa pagi ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.
Pagi ini, suspek yang berbaju hitam tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 8.20 pagi, diiringi beberapa anggota dan pegawai polis.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?