KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 43 tahun mengalami kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang dalam satu kejadian berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.11 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak digerakkan ke lokasi.
Menurut Komander Operasi, PBK I Mohd Rohafizam Othman, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikerahkan bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah Honda Accord telah dihempap sebatang pokok yang tumbang dan terdapat seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 10.47 malam selepas operasi menyelamat dijalankan.
Beliau dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan kaki sebelum diserahkan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 11.24 malam, manakala kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
@ohbulanofficial Seorang pemandu e-hailing berkongsi detik cemas apabila pokok tumbang menghempap kenderaannya di kawasan Jalan Tun Razak. Alhamdulillah, semua penumpang dilaporkan selamat. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Kredit Video: _syahrulrosman #ohbulan #pokok #tumbang P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!
Sumber: RTM
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?