passionately driven

JAECOO J7 PHEV: SUV Premium dengan Jarak Perjalanan Sehingga 1,300 KM

JAECOO J7 PHEV: SUV Premium dengan Jarak Perjalanan Sehingga 1,300 KM

Kalau anda tengah cari SUV yang power, bergaya dan jimat minyak, anda memang kena tengok JAECOO J7 PHEV:SHS ni. Model terbaru dari JAECOO ni memang tengah jadi bualan ramai, dan sekarang dah pun tiba di Malaysia!

Untuk makluman, hanya satu varian telah dilancarkan pada Februari lalu iaitu Pacuan Roda Hadapan (2WD) pada harga RM158,800. Apa yang menarik tentang kereta ini berbanding dengan versi petrol?

Gabungan enjin petrol turbo dan motor elektrik buatkan kereta ni bukan saja sedap dipandu, tetapi juga mesra alam dan jimat kos minyak. Nak pergi kerja? Nak jalan jauh? Semua boleh, tiada masalah.

JAECOO J7 PHEV:SHS ni ada dua mod pemanduan, guna kuasa elektrik sahaja (senyap, smooth, jimat), atau gabung kuasa elektrik dan petrol untuk perjalanan lebih jauh. Kalau setakat ulang-alik kerja harian, mod elektrik pun dah cukup. Boleh pergi sampai lebih 100 km tanpa guna petrol!

Yang best, nak cas pun senang. Boleh cas di rumah atau di stesen pengecasan. Tak perlu risau pasal “range anxiety” macam kereta EV biasa tu.

Dari luar, JAECOO J7 PHEV:SHS nampak garang dan moden dengan adanya gril hadapan besar, rim 19 inci, dan semestinya nampak mahal. Bila masuk dalam, fuhhh… interior dia memang premium habis. Ada bumbung panorama, skrin besar, kamera 540 darjah (boleh nampak sekeliling kereta), dan ruang yang luas gila.

Nak bawa family bercuti ke, shopping barang dapur ke, semua muat. Wireless charging pun ada. Tinggal letak sahaja phone, terus cas.

Bab keselamatan pun kereta ni tak main-main. Ada Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist, Brek Automatik kalau ada kecemasan, dan banyak lagi. Pendek kata, JAECOO J7 PHEV:SHS ni memang sesuai untuk jalan-jalan Malaysia yang unpredictable ni.

Kalau anda tengah berkira-kira nak tukar kereta, atau nak rasa sendiri macam mana best-nya SUV plug-in hybrid ni, jom test drive JAECOO J7 PHEV:SHS hari ni! Pergi ke showroom JAECOO terdekat dan alami sendiri keselesaan, teknologi dan gaya yang ditawarkan. Sekali pandu, pasti terus jatuh cinta!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD