NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kereta Terbakar, Pemandu Sempat Menyelamatkan Diri

Kereta Terbakar, Pemandu Sempat Menyelamatkan Diri

Seorang lelaki mengalami saat mencemaskan apabila kereta yang dipandunya terbakar dalam satu kemalangan tunggal.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, lelaki berkenaan sempat keluar dari kenderaan sebelum ia musnah dalam kejadian yang berlaku di Batu Kawa hari ini.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.34 pagi, dan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang telah dikerahkan ke lokasi.

Operasi pemadaman berjaya diselesaikan pada jam 8.17 pagi.

“Kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera bomba sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya.

Sumber: TVS

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy