NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kenderaan Baharu pada Mac 2025 Meningkat 12 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada Mac 2025 Meningkat 12 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 72,704 unit kenderaan telah dijual pada bulan Mac 2025, meningkat berbanding 63,906 unit pada Februari 2025.

Berbanding dengan Mac 2024, jualan kenderaan pada Mac 2025 menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 2% iaitu sebanyak 1,505 unit. Untuk bulan ketiga ini, sebanyak 68,174 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 4,530 unit untuk kenderaan komersial.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 58,063 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Mac 2025, 13% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 67,011 unit. Untuk bulan ketiga ini, sebanyak 55,301 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 2,762 unit untuk kenderaan komersial.

Setakat Mac 2025, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 188,122 unit, 7% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 203,137 unit penghantaran.

MAA menjangkakan jumlah jualan pada April akan sedikit merosot berikutan cuti Hari Raya yang panjang dari 31 Mac sehingga 6 April.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy