Beberapa lebuh raya utama sekitar Lembah Klang dilaporkan sesak akibat banjir kilat susulan hujan lebat, pagi tadi, lapor Berita Harian.
Berdasarkan perkongsian PLUS Malaysia Berhad (PLUS), banjir kilat dilaporkan di Kilometer (KM) 9.1 (arah utara) antara laluan Shah Alam ke Subang. Keadaan itu menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang selain keadaan trafik juga sesak sehingga Persimpangan Setia Alam.
Insiden sama turut dilaporkan di kawasan sebelum dan selepas masuk Tol Shah Alam (Lebuhraya Elite) yang mana lorong motosikal dan lorong kiri terhalang.
Selain itu, banjir kilat turut berlaku di persimpangan Shah Alam (Shah Alam ke Subang) Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menyebabkan lorong kiri terhalang.
Kolam takungan air di Taman Seri Alam yang menjalani proses baik pulih akibat pecah baru-baru ini turut dilaporkan melimpah susulan hujan lebat pagi tadi.
Difahamkan, air melimpah keluar melalui bahagian yang dalam proses baik pulih susulan insiden tebing kolam berkenaan yang runtuh pada 29 Disember lalu.
Sebanyak 86 rumah dinaiki air susulan cuaca buruk di sekitar Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?