passionately driven

Lebih RM24 Juta Diperoleh Melalui Bidaan Nombor Siri ‘A__A’ – Anthony Loke

Lebih RM24 Juta Diperoleh Melalui Bidaan Nombor Siri ‘A__A’ – Anthony Loke

Anthony Loke ketika menghadiri Majlis Pelancaran Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta bagi Pengendalian Kenderaan EV yang berlangsung di Port Klang Cruise Terminal, hari ini. 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM24 juta bagi Nombor Pendaftaran Istimewa(NPI) Siri ‘A__A’ sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dalam tempoh lima hari bidaan berakhir semalam, A9A mencatat bidaan tertinggi dengan RM902,020, diikuti A11A (RM703,007), A8A (RM700,000), A7A (RM502,000) dan A2A (RM490,888).

“Lima nombor paling banyak dibida ialah A51A dengan 40 pembida, A101A (31), A8118A (29), manakala 1881A serta A19A masing-masing sebanyak 27 pembida,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) di sini hari ini.

Loke berkata hasil bidaan NPI termasuk siri A__A akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti program MyLESEN, pertukaran topi keledar dan Program FlySISWA.

Beliau berterima kasih kepada semua yang membida bagi mendapatkan NPI itu sejak bidaan dibuka secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid pada 19 April.

Sumber: Astro Awani

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD