Seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 387 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), awal pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, kemalangan berlaku sekitar jam 1.15 pagi setelah haiwan tersebut secara tiba-tiba melintas jalan dari kanan ke kiri.
“Siasatan mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kemaman, Terengganu.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar harimau kumbang tersebut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Pemandu kenderaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan diklasifikasikan sebagai ‘Report Traffic Minor’ manakala haiwan tersebut telah disahkan mati di lokasi kejadian.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu kemudiannya telah mengambil bangkai harimau kumbang tersebut untuk tindakan lanjut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?