NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut, Ditinggalkan dalam Van Sekolah Hampir 5 Jam

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut, Ditinggalkan dalam Van Sekolah Hampir 5 Jam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dipercayai kerana ditinggalkan di dalam sebuah van sekolah selama hampir 5 jam di Taman Bukit Indah, pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, mangsa ditemui di tempat kejadian sekitar jam 12 tengahari.

“Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah dikatakan menaiki van dari kediaman keluarganya sebelum tiba di hadapan tadika sekitar jam 7.30 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai tertinggal di dalam van selepas pemandu menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika tersebut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Pemandu van sekolah, yang merupakan seorang warga lelaki tempatan berusia 56 tahun telah ditahan pada hari yang sama di kawasan Taman Bukit Indah.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga menunjukkan keputusan negatif dadah.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak,” jelasnya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy