Tiga lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan pada awal pagi tadi.
Menurut kenyataan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandaraya, kemalangan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran plaza tol Sungai Besi.
Menurut laporan The Star, ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta, dan pihak bomba mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan mereka. Malangnya, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mereka telah diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik KL, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata mangsa berumur antara 29 hingga 32 tahun.
Beliau menjelaskan bahawa pemandu hilang kawalan ketika membelok ke kiri, menyebabkan kereta merempuh pembahagi jalan konkrit. Beliau turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?