GWM Malaysia bakal melancarkan secara rasmi GWM Tank 500 HEV, yang sangat dinanti-nantikan di Malaysia Autoshow 2025 pada 8 Mei 2025.
Menurut Encik Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia, pelancaran Tank 500 HEV merupakan detik yang menggembirakan bagi jenama tersebut. Beliau berkata para pengunjung autoshow boleh melihat kelebihan GWM dalam teknologi hibrid, rekaan bergaya, dan prestasi di pelbagai permukaan jalan.
Model ini berukuran 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar, 1,905 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,850 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 98 liter dan meningkat hingga 795 liter sekiranya tempat duduk barisan ketiga dibaringkan dan 1,459 liter jika barisan kedua dibaringkan.

Model ini akan dibawa masuk secara import sepenuhnya dari China (CBU) dan akan ditawarkan dalam versi parallel hybrid (tiada plug-in) dengan enjin hibrid empat-silinder 2.0 liter turbo bersama transmisi automatik hibrid 9-kelajuan. Tujahan kuasa sebanyak 346 PS dan 648 Nm tork dapat dihasilkan.

Ia turut dilengkapi dengan 11 mod pemanduan, fungsi tank turn, Cruise Control Off-Road untuk mengharungi pelbagai jenis permukaan dengan mudah. Di bahagian dalam, balutan kulit Nappa, sistem audio infinity 12 pembesar suara, pemijak sisi elektrik serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan turut disediakan.

3 pilihan warna akan ditawarkan sebagai pilihan iaitu Crystal Gray, Hamilton White, dan Sun Black. Tempahan awal untuk TANK 500 HEV telah pun dibuka dan telah mendapat sambutan hangat di seluruh negara. Harga anggaran adalah di bawah RM350,000.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?