Proton e.MAS 5 Diperkenalkan di MAS25 – Adik e.MAS 7, Bakal Lancar Q4 2025

PRO-NET, anak syarikat milik penuh Proton, telah mengumumkan dan memperlihatkan model EV terbaru mereka, Proton e.MAS 5 di Malaysia Autoshow 2025.

Seperti kebiasaan, e.MAS 5 ini dibalut dengan reka bentuk penyamaran untuk menarik perhatian ramai pengunjung yang ingin melihat perkembangan terkini dalam teknologi EV PRO-NET.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Encik Zhang Qiang, mengumumkan bahawa model ini dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun 2025 dan disasarkan kepada pemandu muda serta mereka yang pertama kali membeli EV.

Ia direka untuk menjadikan kenderaan elektrik yang lebih mampu milik, bergaya dan mudah digunakan. Usaha ini seiring dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan 80% jualan kenderaan baharu terdiri daripada kenderaan elektrik menjelang 2050, serta menyokong pembangunan ekosistem EV di Malaysia.

Nombor “5” dalam namanya menunjukkan bahawa model ini lebih kecil berbanding e.MAS 7 yang merupakan SUV segmen C. Walaupun bersaiz lebih kompak, e.MAS 5 tetap mengekalkan teknologi pintar dan reka bentuk moden seperti model-model e.MAS lain.

Encik Zhang berkata, Proton e.MAS 5 melambangkan visi PRO-NET untuk era baharu mobiliti elektrik, yang dibina untuk generasi baru rakyat Malaysia. Jika e.MAS 7 direka untuk keperluan keluarga, e.MAS 5 pula menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih muda, menyeronokkan dan bertenaga.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD