Dua aplikasi e-hailing dari Rusia, InDrive dan Maxim, telah diarahkan menghentikan operasi mereka di Malaysia berkuat kuasa 24 Julai 2025, setelah didapati beroperasi secara tidak sah menurut peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, mengesahkan bahawa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat rasmi kepada kedua-dua syarikat berkenaan sebagai notis pemberhentian operasi.
“Berkuat kuasa 24 Julai ini, operasi InDrive dan Maxim perlu dihentikan sepenuhnya di negara ini. Kedua-dua syarikat dibenarkan membuat rayuan, namun keputusan muktamad hanya boleh diputuskan oleh saya sebagai Menteri Pengangkutan,” katanya.
Langkah ini menyusuli gesaan daripada pelbagai pihak, termasuk Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia), agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap platform-platform yang tidak mematuhi regulasi sedia ada.
Antara pelanggaran utama yang dikesan termasuk:
Penggunaan pemandu tanpa Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah.
Ketiadaan insurans e-hailing untuk melindungi penumpang dan pemandu.
Kenderaan tidak menjalani pemeriksaan berkala seperti yang ditetapkan.
Tidak mematuhi keperluan untuk memiliki Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) di bawah Lesen Pengendali Individu (IBL).
Pelanggaran terhadap syarat-syarat ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 12D(1)(a) Akta 715, yang memberikan kuasa kepada APAD untuk membatalkan lesen mana-mana pengendali yang didapati melanggar peraturan pelesenan.
Tindakan ini dijangka memperkukuh penguatkuasaan terhadap industri e-hailing di Malaysia dan memastikan keselamatan serta keadilan kepada semua pemain dalam sektor tersebut.
SUMBER: HarianMetro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?