NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

iCAUR Perkenal 03 di MAS25 – SUV Elektrik, 2 Varian, Harga Anggaran Bermula RM145k – RM155k

iCAUR Perkenal 03 di MAS25 – SUV Elektrik, 2 Varian, Harga Anggaran Bermula RM145k – RM155k

iCAUR, jenama kenderaan elektrik (EV) yang fokus pada pemanduan lasak, secara rasmi telah dilancarkan di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025. Pelancaran ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di ASEAN untuk memperkenalkan iCAUR selepas pelancaran globalnya di Shanghai Auto 2025. Jenama ini terhasil daripada kerjasama antara Chery dan SmartMi Tech.

iCAUR telah memperkenalkan 3 SUV elektrik sepenuhnya iaitu 03, 03T dan V23 yang masih belum dilancarkan secara rasmi. Model iCAUR 03 dijangka mula dijual di Malaysia menjelang suku ketiga 2025. Semua model yang dipamerkan adalah unit pandu kiri dan membawa jenama iCAR.

iCAUR 03 bakal ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran Malaysia iaitu 2WD dan iWD.  Kapasiti motor sebanyak 135 kW dengan jarak perjalanan mencapai 426 km untuk varian 2WD manakala kapasiti gabungan dua motor 205 kW dengan jarak perjalanan mencapai 418 km untuk varian iWD.

SUV ini dilengkapi dengan teknologi eksklusif iCAUR:

  • iCARE: struktur badan kukuh dengan perlindungan khas untuk bateri

  • iROAD: 6 mod pemanduan untuk pelbagai jenis permukaan

  • iBRAND: ciri premium seperti sistem bunyi 12 pembesar suara INFINITY dan kamera pandangan 540 darjah

Kabinnya dilengkapi dengan kokpit digital pintar termasuk skrin tengah 15.6 inci dan paparan pemandu 9.2 inci, kedua-duanya dikuasakan oleh teknologi i-VA. Dari segi keselamatan, iCAUR 03 mempunyai pelbagai sistem bantuan pemandu pintar seperti Emergency Lane Assist dan Traffic Jam Assist.

Ia juga menyokong pengecasan pantas (DC 80 kW), membolehkan pengecasan dari 30% ke 80% hanya dalam 30 minit, sesuai untuk penggunaan harian atau percutian hujung minggu.

Pelanggan di Malaysia kini boleh membuat pendaftaran minat dengan bayaran deposit RM1,000 yang boleh dikembalikan sepenuhnya. Harga anggaran untuk varian 2WD ialah RM145,000, manakala varian iWD ialah RM155,000. Mereka yang membuat tempahan semasa Autoshow akan menerima model berskala khas iCAUR 03 apabila kenderaan dihantar kelak.

Selain iCAUR 03, dua lagi model turut diperkenalkan iaitu V23 dan 03T. V23 menggabungkan gaya lasak klasik dengan teknologi EV moden, manakala 03T ialah SUV dengan gaya pemanduan di bandar.

Sebagai sokongan kepada pelancaran ini, iCAUR telah bekerjasama dengan 11 pengedar di seluruh Malaysia dan merancang untuk terus berkembang. Lek menegaskan bahawa pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan jenama, tetapi sebagai permulaan baharu yang mengutamakan pelanggan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD