Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengeluarkan 5,744 saman sepanjang operasi khas Aidiladha yang dijalankan dari 4 hingga 10 Jun.
Menurut Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan, antara kesalahan utama ialah 1,264 pemandu tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah, 1,163 kes cukai jalan (LKM) tamat tempoh, 1,021 kenderaan tiada insurans, dan 134 pemandu tiada Lesen Vokasional.
Saman-saman ini dikeluarkan selepas pemeriksaan ke atas 45,395 kenderaan. JPJ juga telah menyita 83 kenderaan, termasuk 66 motosikal, 9 kereta, dan 8 kenderaan lain.
Menurut laporan The Star, kesalahan lain termasuk memandu secara berbahaya seperti memotong barisan atau memotong dari kiri (7 kes), memotong di garisan berkembar (15), dan melanggar lampu isyarat merah (7).
Terdapat juga kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan (8), menggunakan telefon bimbit semasa memandu (9), tidak memakai topi keledar (72), tidak memakai tali pinggang keledar (51), serta pelbagai kesalahan lain (1,993).
Azmil menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan bertimbang rasa demi keselamatan semua. Beliau juga menggalakkan orang ramai membuat aduan melalui aplikasi MyJPJ, e-Aduan@JPJ, atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?