Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan sebanyak 7 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun 2025, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) kelmarin.

RON97: RM3.14 seliter (naik 7 sen)
RON95: RM2.05 seliter (kekal)
Diesel (Semenanjung): RM2.81 seliter (naik 7 sen)
Diesel (Sabah, Sarawak, Labuan): RM2.15 seliter (kekal)
Kenaikan ini berkuat kuasa mulai hari ini, 19 Jun 2025 hingga 25 Jun 2025, dan akan disemak semula berdasarkan kadar pasaran global serta APM setiap minggu.
Menurut MOF, walaupun terdapat peningkatan, harga diesel di Semenanjung Malaysia masih berada di bawah paras harga apungan penuh yang mula dilaksanakan pada 10 Jun 2024, iaitu RM3.35 seliter.
Penetapan harga mingguan ini dilaksanakan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira pergerakan semasa harga minyak mentah global.
MOF menegaskan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak antarabangsa dan menyelaras harga runcit produk petroleum secara berkala, demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
SUMBER : FB KementerianKewangan
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?