NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penunggang Motosikal Maut, Rempuh Treler Buat Pusingan U

Penunggang Motosikal Maut, Rempuh Treler Buat Pusingan U

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh treler yang sedang membuat pusingan U di Jalan Persiaran Ros, Bukit Sentosa, semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, pihak polis menerima panggilan telefon kecemasan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 4 petang.

“Siasatan mendapati treler yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari Klang ke Bukit Sentosa, mahu mengambil muatan.

“Setibanya di lokasi, kenderaan berat itu yang berada di lorong kiri mahu membuat pusingan U. Tiba-tiba, motosikal mangsa di lorong kanan arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan treler,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Penunggang motosikal yang berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat nahas itu. Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy