Perkhidmatan Aerotrain baharu di KLIA akan mula beroperasi semula pada 1 Julai ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan perkara ini dan berharap ia dapat memberikan keselesaan kepada penumpang yang bergerak antara terminal utama dan bangunan satelit.
Beliau berkata, sistem ini kini sedang melalui fasa terakhir ujian, termasuk simulasi kecemasan. Jika semuanya berjalan lancar, tren akan mula semula pada pukul 10 pagi, 1 Julai. Beliau umumkan perkara ini selepas menyertai sesi percubaan di Terminal 1 KLIA.
Loke juga maklumkan bahawa bas pengantara yang sedia ada akan terus beroperasi buat masa ini sebagai sokongan kepada Aerotrain sehingga sistem ini stabil sepenuhnya. Selepas itu, Malaysia Airports Holdings Berhad akan tentukan sama ada perkhidmatan bas itu perlu diteruskan atau tidak.
Beliau tekankan bahawa keselamatan adalah keutamaan dan semua ujian dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad). Beliau juga mengakui kelewatan pembukaan semula perkhidmatan disebabkan ujian keselamatan yang penting ini.
Loke berkata pembukaan semula ini tepat pada masanya kerana Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat ASEAN tahun ini dan juga sedang bersedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026. Aerotrain memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pergerakan di KLIA sempena acara besar ini.
Menurut laporan MalayMail, setiap set Aerotrain mempunyai tiga gerabak dan boleh membawa 90 penumpang setiap satu — menjadikan jumlah kapasiti 270 orang bagi setiap tren. Perjalanan antara terminal hanya mengambil masa kurang dua minit. Ketika waktu puncak, dua tren akan beroperasi manakala satu sahaja akan digunakan pada waktu tidak sibuk antara 12 tengah malam hingga 5 pagi.
Aerotrain yang menjadi komponen penting sistem pengangkutan dalam KLIA sejak 1998 ini telah digantung sejak Mac 2023 akibat kerosakan. Sistem baharu ini dijangka akan memberikan pengalaman lebih baik kepada penumpang, mengurangkan gangguan operasi dan menyokong peningkatan jumlah penumpang udara pada masa akan datang.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?