NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Grab Malaysia Lancar Perkhidmatan E-Hailing Khas untuk EV di KLIA – BYD M6

Grab Malaysia Lancar Perkhidmatan E-Hailing Khas untuk EV di KLIA – BYD M6

Grab Malaysia telah melancarkan perkhidmatan kenderaan elektrik (EV) khusus untuk e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Langkah ini dijangka dapat meningkatkan sistem pengangkutan di pintu masuk utama negara dan menyokong usaha mobiliti hijau Malaysia.

Grab juga telah memperkenalkan pilihan tempahan ‘EV-only ride’ dalam aplikasinya dan membuka Ruang Istirahat EV di KLIA bagi memberi keselesaan tambahan kepada pengguna perkhidmatan premium mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pemilihan KLIA sebagai lokasi pelancaran adalah langkah strategik kerana jumlah penumpang yang tinggi di situ dan potensi pendedahan luas kepada pelawat tempatan dan antarabangsa tentang usaha Malaysia dalam mobiliti hijau.

Usaha Grab ini dijangka mengembangkan penggunaan EV bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi juga di bandar-bandar utama seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu. Tambah beliau, perjanjian terbaru antara Grab dan beberapa syarikat berkaitan EV menunjukkan keserasian industri dengan aspirasi negara.

Kementerian Pengangkutan akan terus menyokong inisiatif seperti ini melalui dasar dan insentif termasuk pengecualian cukai untuk pembelian EV, pemasangan pengecas EV, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam sektor pengangkutan, serta pelaksanaan zon karbon rendah di kawasan bandar.

Pengarah Operasi dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata perkhidmatan baharu ini menyokong agenda mobiliti hijau negara dengan memperkenalkan pilihan kenderaan EV khas untuk pelancong lapangan terbang. Menurutnya, dengan memfokuskan laluan yang mempunyai permintaan tinggi seperti KLIA, Grab ingin menunjukkan kepraktisan dan keselesaan EV, sambil meningkatkan kesedaran pengguna.

Perkhidmatan Grab EV akan menggunakan BYD M6, sebuah kenderaan elektrik pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk yang menawarkan pengalaman perjalanan lebih senyap dan lancar kepada penumpang.

  1. Saya driver grab lebih 3 tahun dan berpengalaman membawa pelancong dari luar negara

  2. How to get the grab EV vehicle?

Leave a Reply to Rajati Rasanathan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilih Jenama Kereta

© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD