NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Maut, 16 Cedera dalam Nahas Bas dan Dua Lori di Lebuhraya PLUS

Dua Maut, 16 Cedera dalam Nahas Bas dan Dua Lori di Lebuhraya PLUS

Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa 46 penumpang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 80.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi Khamis.

Menurut kenyataan Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Md Isa Masngun, kejadian melibatkan sebuah lori tunda jenis Volvo dan sebuah lori tangki, manakala kesemua penumpang bas terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita.

“Pasukan dari BBP Ayer Hitam bersama BBP Yong Peng digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam.

“Setibanya di lokasi, dua penumpang lelaki masing-masing berusia 43 dan 44 tahun didapati tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, seramai 14 penumpang lelaki, seorang wanita, serta pemandu bas mengalami kecederaan, manakala 27 penumpang lelaki dan seorang penumpang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu lori tunda (42 tahun) dan pemandu lori tangki (33 tahun) pula dilaporkan selamat.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM dan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.02 pagi.

SUMBER : SinarHarian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD