Tempahan Proton X50 Serba Baharu Kini Dibuka – Terima Rebat Tunai RM1000, Tawaran Eksklusif

Tempahan Proton X50 Serba Baharu Kini Dibuka – Terima Rebat Tunai RM1000, Tawaran Eksklusif

Proton kini membuka tempahan untuk model Proton X50 serba baharu secara rasmi selepas satu majlis pelancaran meriah diadakan di Setia City Mall dengan tema “READY TO ROAR”.

Model baharu ini tampil dengan rekaan lebih berani, sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2 yang dinaik taraf, serta skrin infotainmen 14.6 inci yang canggih. Ia turut menampilkan sistem pengecaman suara pertama di dunia dalam Bahasa Melayu, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mesra tempatan.

Dikuasakan oleh enjin turbo 1.5L i-GT baharu dan transmisi klac berkembar 7-kelajuan, ia menjana kuasa 133 kW dan 290 Nm tork. Pecutan dari 0–100 km/j kini hanya mengambil masa 7.6 saat, iaitu 0.3 saat lebih pantas berbanding model sebelumnya. Kadar penggunaan bahan api juga meningkat sebanyak 4.7%, menjadikan model ini lebih cekap, berkuasa dan menjimatkan.

Tiga varian bakal ditawarkan iaitu Executive, Premium dan Flagship.Untuk tempoh terhad, pelanggan yang membuat tempahan dari 5 Julai 2025 hingga tarikh pelancaran akan menerima tawaran istimewa seperti:

  • Rebat tunai RM1,000 (tertakluk terma & syarat)

  • Kad Touch ‘n Go edisi khas

  • Tawaran eksklusif GEMPAK! yang akan diumumkan semasa pelancaran (tertakluk terma & syarat)

Jelajah “Roar of Amazement” akan bermula hujung minggu ini di seluruh negara, memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri model ini, bertemu personaliti media sosial dan memenangi hadiah menarik melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Orang ramai dijemput hadir ke bilik pameran Proton terpilih, atau ke laman web rasmi Proton untuk membuat tempahan dan menjadi antara pemilik terawal SUV baharu ini.

Proton masih belum mendedahkan anggaran harga atau pun tanda harga yang akan diletakkan untuk model Proton X50 Serba Baharu ini. Sama-sama kita nantikan semasa pelancaran rasminya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD