Prestasi jualan bulan Jun telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 11,069 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia.
Data jualan menunjukkan penurunan berbanding dengan jumlah jualan pada Mei iaitu sebanyak 13,328 unit. Jualan keseluruhan bagi enam bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 72,156 unit berjaya dijual oleh Proton. Dengan angka ini, Proton menjangkakan pegangan pasaran mereka kini berada pada sekitar 20.7%.
Proton Saga masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di dalam Proton dengan jumlah jualannya pada Jun mencapai 5,206 unit.
Proton X50 2024 juga menunjukkan jumlah jualan yang kukuh dengan jumlah jualannya sebanyak 1,657 unit pada Jun. Ini menjadikan X50 sebagai SUV segmen-B paling laris di Malaysia dan sudah mencecah sebanyak 11,361 unit.
Proton S70 juga menunjukkan prestasi yang hebat dan mengagumkan di mana sebanyak 1,402 unit berjaya dijual pada Jun. Ini menjadikan jumlah kumulatif tahunannya mencapai 9,346 unit dan sekaligus mengungguli dalam model sedan segmen-C.
Ia seterusnya disambung oleh Proton Persona dengan jumlah jualannya sebanyak 1,171 unit, Proton X70 sebanyak 533 unit, Proton Iriz sebanyak 288 unit dan Proton X90 sebanyak 174 unit pada Jun 2025.
Bahagian eksport Proton terus melonjak ke hadapan dengan sebanyak 414 unit telah dieksport ke pelbagai pasaran luar negara bulan lepas, iaitu 56.8% lebih banyak berbanding Jun 2024. Ini meningkatkan jumlah eksport dari separuh pertama tahun ini kepada 2,250 unit, mewakili peningkatan sebanyak 39.9%.
Dalam segmen jualan kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS7 terus menjadi peneraju berbanding semua model EV lain. Sebanyak 621 unit (domestik dan eksport) Proton e.MAS7 terjual pada bulan Mei, meningkatkan jumlah kumulatif YTD suku pertama 2025 kepada 4,253 unit.
“Jumlah jualan menurun sebanyak 15,000 unit pada Jun disebabkan oleh faktor luaran seperti peningkatan ketegangan di Timur Tengah dan perluasan skop SST yang menjejaskan sentimen pembeli,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?