Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan terhadap salah seorang pegawainya kerana memandu kenderaan jabatan secara cuai dan berbahaya. Tindakan ini diambil selepas rakaman dashcam tular di media sosial menunjukkan kenderaan JPJ dipandu secara tidak berhemah pada 9 Julai di Simpang Pulai, Perak.
Dalam video tersebut, sebuah Honda CR-V milik JPJ dilihat berada di laluan bertentangan di jalan dua hala semasa cuba memotong kenderaan lain di selekoh yang mempunyai garisan berkembar. Kejadian ini hampir menyebabkan pelanggaran dengan kenderaan dari arah bertentangan.
JPJ menyatakan bahawa mereka memandang serius perkara ini. Pegawai tersebut telah dikenakan saman dan tidak lagi dibenarkan memandu kenderaan jabatan. Siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk mengetahui jika pegawai itu telah melakukan kesalahan lain.
Sementara siasatan dijalankan, pegawai itu telah digantung tugas dan ditempatkan buat sementara waktu di ibu pejabat JPJ.
JPJ juga menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang, termasuk kakitangan sendiri. Orang awam digalakkan untuk membuat aduan jika ternampak kesalahan lalu lintas melalui aplikasi MyJPJ (e-aduan@jpj) atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my dengan maklumat lengkap.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?