Polis Siasat Aksi Remaja Basikal Lajak di Jambatan Angkat

Polis Siasat Aksi Remaja Basikal Lajak di Jambatan Angkat

Polis Terengganu sedang menyiasat satu video tular yang memaparkan sekumpulan remaja dipercayai bawah umur menunggang basikal lajak secara berbahaya di Jambatan Angkat, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata tindakan itu diambil susulan aduan awam terhadap rakaman video yang menunjukkan remaja berkenaan menuruni jambatan secara melulu pada waktu siang.

Menurut beliau, siasatan kini dijalankan untuk mengenal pasti identiti semua individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Hasil penelitian awal mendapati terdapat dua kesalahan dilakukan iaitu menunggang secara berbahaya dan mengubah suai struktur asal basikal.

Penunggang boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 42(1)(a) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal yang telah diubah suai sehingga membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.

Datuk Mohd Khairi turut menasihatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap pergerakan anak-anak dan tidak membiarkan mereka terlibat dalam aktiviti yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati cuai dalam mengawasi anak-anak mereka,” jelasnya.

Tambah beliau, pihak polis akan mempertingkatkan rondaan di kawasan pusat bandar Kuala Terengganu dan lokasi tumpuan remaja bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Orang ramai juga digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam untuk membolehkan tindakan lanjut diambil.

SUMBER : SinarHarian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD