NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

China Perkenal Kereta Api Maglev Berkelajuan 600 km/j, Guna Teknologi Magnet Suhu Tinggi

China Perkenal Kereta Api Maglev Berkelajuan 600 km/j, Guna Teknologi Magnet Suhu Tinggi

China terus mengorak langkah dalam inovasi pengangkutan apabila memperkenalkan prototaip terbaharu kereta api terapung magnetik (Maglev) yang mampu mencapai kelajuan sehingga 600 kilometer sejam.

Kenderaan berteknologi tinggi itu dipamerkan oleh CRRC Changchun Railway Vehicles sempena Kongres Kereta Api Berkelajuan Tinggi Sedunia ke-12 yang berlangsung di Beijing dari 8 hingga 11 Julai lalu, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Menurut Jurutera Kanan syarikat tersebut, Shao Nan, projek itu kini berada dalam fasa penyelidikan teknikal. Namun, beliau yakin pembinaan landasan untuk operasi komersial boleh dimulakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Apa yang menjadikan prototaip ini istimewa ialah penggunaan magnet superkonduktor bersuhu tinggi berskala penuh yang pertama seumpamanya dibangunkan di China. Teknologi ini dijangka menjadi tunjang utama sistem pengangkutan berkelajuan tinggi yang menghubungkan bandar-bandar utama seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Wuhan.

 Panjang Prototaip Maglev ini adalah 29.355 meter, lebar 3.0 meter dan tinggi 3.5 meter. Ia juga dilengkapi dengan sistem gantungan dwi-mod yang bergerak menggunakan roda getah pada kelajuan rendah dan secara automatik beralih ke mod terapung magnetik apabila melebihi 150 kilometer sejam.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy