NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Video Polis Florida Tumbuk Lelaki Kulit Hitam Undang Kecaman Meluas

Video Polis Florida Tumbuk Lelaki Kulit Hitam Undang Kecaman Meluas

Sebuah video tular memaparkan seorang pegawai polis di Florida memecahkan tingkap sebuah kenderaan dan menumbuk seorang lelaki kulit hitam ketika sekatan jalan raya, mencetuskan kemarahan di seluruh Amerika Syarikat (AS) serta menarik perhatian antarabangsa terhadap isu keganasan polis dan pelanggaran hak asasi manusia.

Rakaman video yang dimuat naik oleh mangsa, William McNeil Jr., menunjukkan dia dalam keadaan tenang dan hanya bertanyakan sebab ditahan, selepas didakwa gagal menyalakan lampu hadapan ketika cuaca buruk. Pegawai yang dikenali sebagai D. Bowers dilihat memecahkan tingkap kereta sebelum menumbuk muka McNeil dan menariknya keluar dari kenderaan untuk ditahan.

Akibat kejadian itu, McNeil mengalami kecederaan serius termasuk gigi patah, bibir koyak dan gegaran otak, menurut kenyataan peguamnya.

Sementara itu, Sheriff Jacksonville, T.K. Waters mengakui kekerasan telah digunakan, namun menegaskan tindakan pegawai tersebut tidak melanggar undang-undang jenayah. Bagaimanapun, siasatan dalaman masih dijalankan dan Pegawai Bowers telah digantung tugas buat sementara waktu. Rakaman dari kamera badan turut telah dikeluarkan untuk semakan awam.

Peguam hak sivil terkenal, Ben Crump dan Harry Daniels yang mewakili McNeil menyifatkan tindakan itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka turut mendakwa laporan polis bercanggah dengan apa yang berlaku dalam video dan cuba mewujudkan naratif palsu bagi menjustifikasi keganasan.

Ahli politik serta aktivis hak asasi manusia juga mengecam insiden berkenaan dan menuntut reformasi segera terhadap Jabatan Sheriff Jacksonville yang didakwa terlibat dalam beberapa insiden lampau melibatkan kecederaan serius dan kematian.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy