NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kemalangan Lori Muatan Asid: Tiada Kecederaan, Operasi Pembersihan 8 Jam

Kemalangan Lori Muatan Asid: Tiada Kecederaan, Operasi Pembersihan 8 Jam

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa hampir lapan jam untuk membersihkan tumpahan bahan kimia susulan kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Besar Sabak Bernam, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.13 malam sebelum mengerahkan 24 anggota bersama jentera dari BBP Sabak Bernam, Sungai Besar dan Rawang ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan asid nitrik dan sebuah lagi lori yang membawa muatan kelapa. Seorang pemandu lelaki dalam lingkungan usia 20-an dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tumpahan bahan kimia jenis asid nitrik (68%) serta kalsium hipoklorit (70%) di lokasi kejadian.

Proses pembersihan dilakukan dengan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.42 pagi.

SUMBER : HarianMetro

Hanani Nezam

Memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Komunikasi Massa dari UiTM, Hanani Nezam adalah seorang penulis automotif gaya hidup yang dinamik. Teras penulisan beliau memfokuskan kepada garapan berita industri permotoran yang segar, pantas, dan relevan untuk komuniti automotif generasi baharu.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy