NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Selangor Lantik Syarikat Baharu Urus Parkir di 4 PBT Mulai 1 Ogos – PJ, Subang Jaya, Shah Alam & Selayang

Selangor Lantik Syarikat Baharu Urus Parkir di 4 PBT Mulai 1 Ogos – PJ, Subang Jaya, Shah Alam & Selayang

Bermula 1 Ogos, syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd akan mengambil alih kutipan dan penguatkuasaan bayaran parkir di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor — Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Selayang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim, berkata pelantikan syarikat ini dibuat oleh Menteri Besar Selangor (Incorporated) (MBI Selangor) sebagai fasa pertama inisiatif tersebut.

Langkah ini bertujuan meningkatkan kutipan hasil parkir yang ketika ini hanya sekitar 30% daripada 1,000 petak parkir. Syarikat itu akan menguruskan kutipan bayaran serta penguatkuasaan, dengan pemantauan rapi oleh PBT dan kerajaan negeri, lapor Bernama.

Mereka menyasarkan kutipan melebihi 60% dan mahu mengurangkan isu parkir berganda di kawasan sibuk.

Hasil kutipan akan dibahagikan sama rata — 50% kepada syarikat konsesi, manakala 50% lagi kepada kerajaan negeri (40% kepada PBT dan 10% kepada MBI Selangor).

Ng turut menafikan dakwaan kononnya proses tender dibuat secara tertutup. Katanya, sebanyak 26 syarikat menghantar cadangan, tiga disenarai pendek dan pemilihan akhir dibuat berdasarkan syarat prestasi yang ketat. Jika syarikat gagal capai sasaran, kontrak 10 tahun itu boleh ditamatkan bila-bila masa.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kadar bayaran parkir tidak akan dinaikkan dan kekal antara 40 hingga 60 sen sejam.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy