NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kenaikan Kadar Tol di 10 Lebuhraya Ditangguhkan – PM Anwar

Kenaikan Kadar Tol di 10 Lebuhraya Ditangguhkan – PM Anwar

Selain penurunan harga petrol RON95, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya yang dijadualkan berlaku tahun ini akan ditangguhkan. Kenaikan ini sepatutnya dilaksanakan mengikut perjanjian lama antara syarikat konsesi lebuh raya dengan kerajaan terdahulu.

Dalam pengumuman khas yang disiarkan di televisyen nasional dan media sosial beliau pada 23 Julai, Anwar menjelaskan bahawa penangguhan ini akan melibatkan kos sebanyak RM500 juta kepada kerajaan.

Antara lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), serta beberapa lagi.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy