RM6.2 Juta Berjaya Dikutip dari 28 Syarikat Kenderaan Berat Punyai Saman Tertunggak Tertinggi – JPJ

RM6.2 Juta Berjaya Dikutip dari 28 Syarikat Kenderaan Berat Punyai Saman Tertunggak Tertinggi – JPJ

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, sebanyak 28 syarikat yang mencatat jumlah saman tertunggak tertinggi telah menjelaskan 34,731 saman bernilai RM6.2 juta.

Syarikat ini terdiri daripada 11 syarikat pengangkutan barangan dan 17 pengendali bas. Mereka menghubungi JPJ selepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memberi tempoh bertenang selama dua minggu bermula 25 Jun untuk menyelesaikan saman tertunggak mereka.

JPJ membantu syarikat-syarikat ini dengan memberikan rekod terkini dan panduan cara menyelesaikan bayaran dengan segera. Beliau berkata kebanyakan syarikat menunjukkan keinginan untuk menyelesaikan saman mereka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat yang memberi kerjasama, namun memaklumkan masih ada syarikat yang belum menjelaskan saman mereka.

Untuk syarikat tersebut, JPJ memberikan lanjutan selama sebulan bermula 9 Julai. Jika masih gagal menjelaskan saman, JPJ akan menyenaraihitamkan kenderaan mereka. Beberapa syarikat telah pun disenaraihitamkan kerana tidak memberi maklum balas, lapor Bernama.

Beliau juga menyatakan bahawa syarikat pengangkutan barangan dan pengendali bas layak untuk kadar kompaun RM150 bagi saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Tawaran ini dilanjutkan hingga 31 Disember dan meliputi tiga kategori iaitu saman AWAS dari Oktober 2018 hingga kini, Notis 114 (notis temu duga), dan Notis 115 (permintaan maklumat pemandu) yang dikeluarkan sejak 2023.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD