Semua Perkhidmatan Pengangkutan Awam Diarah Beroperasi Seperti Biasa Esok, Tiada Sekatan – Loke

Semua Perkhidmatan Pengangkutan Awam Diarah Beroperasi Seperti Biasa Esok, Tiada Sekatan – Loke

Semua perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk stesen KTMB dan Prasarana, diminta untuk beroperasi seperti biasa esok walaupun akan berlangsung satu perhimpunan yang dianjurkan pihak pembangkang di ibu negara, lapor Kosmo!.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan bahawa arahan ini selaras dengan pendirian Kerajaan Madani yang menghormati hak untuk berhimpun, termasuk oleh mereka yang tidak menyokong kerajaan. Katanya, negara tidak sepatutnya kembali ke era di mana demokrasi ditekan hingga Parlimen pun ditutup.

Tambah beliau, perkhidmatan pengangkutan awam perlu diteruskan supaya orang ramai masih boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa sebarang gangguan akibat perhimpunan tersebut.

Pihak pembangkang meramalkan kehadiran peserta Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai 2025 akan mencecah antara 500,000 hingga sejuta orang. Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 60 laporan polis berkaitan acara itu, menjangkakan jumlah kehadiran sekitar 10,000 hingga 15,000 orang.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar PDRM memberikan kerjasama sewajarnya kepada penganjur perhimpunan, dan tidak melakukan sebarang intimidasi atau sekatan yang tidak wajar, demi menjunjung semangat demokrasi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD