NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Mahu Bersihkan Tangki Kereta, Lelaki Dikecam kerana Isi Diesel Sehingga Melimpah Keluar

Mahu Bersihkan Tangki Kereta, Lelaki Dikecam kerana Isi Diesel Sehingga Melimpah Keluar

Seorang lelaki menerima kecaman hebat di media sosial selepas tindakannya yang dianggap tidak bijak apabila mengisi diesel ke dalam tangki kenderaan pacuan empat roda hingga melimpah keluar.

Menurut video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @faizalothman44, lelaki tersebut dikatakan telah tersilap mengisi petrol ke dalam kenderaannya. Bagi mengelakkan kerosakan enjin, dia cuba membersihkan tangki dengan mengisi diesel sehingga penuh dan akhirnya melimpah keluar.

Perbuatannya itu dilihat sangat berbahaya kerana tumpahan diesel boleh menyebabkan risiko kebakaran, terutama jika terkena sumber api seperti puntung rokok.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 1.1 juta tontonan, 21,100 tanda suka dan hampir 4,000 perkongsian.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana mementingkan diri dan tidak mengutamakan keselamatan orang lain.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Petrol tetap tak hilang. Dah bazir duit, bahaya pula untuk orang sekeliling,” kata Fitri.

“Beli kereta mahal boleh, tapi nak panggil orang bengkel tak boleh? Dah la sia-sia, berisiko tinggi pula tu,” ujar Helmi.

“Lepas tumpahkan minyak macam tu, ada ke cuci balik stesen pam? Ingat ni rumah sendiri ke nak buat sesuka hati,” komen Aaron.

Sumber : Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy