NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

UAE Bakal Lancar Perkhidmatan Kereta Api Penumpang Pertama Pada 2026

UAE Bakal Lancar Perkhidmatan Kereta Api Penumpang Pertama Pada 2026

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka memulakan operasi perkhidmatan kereta api penumpang pertama, Etihad Rail, menjelang 2026 dengan stesen awal terletak di Abu Dhabi, Dubai, Sharjah dan Fujairah, menurut Pejabat Media Dubai.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, mengadakan lawatan pemeriksaan ke laluan kereta api yang menghubungkan Dubai ke Fujairah.

Kenyataan media tersebut menyifatkan perjalanan itu sebagai “detik bersejarah” serta satu fasa penting dalam pembangunan dan pelaksanaan rangkaian kereta api nasional UAE. Perkhidmatan penumpang dijangka memulakan operasi komersial pada tahun 2026.

Kereta api ini mampu menampung sehingga 400 penumpang dan beroperasi pada kelajuan maksimum 200 kilometer sejam. Menjelang 2030, perkhidmatan ini dijangka digunakan oleh lebih 36.5 juta penumpang.

Etihad Rail kini sedang membina rangkaian kereta api nasional yang kelak akan dihubungkan dengan negara-negara Teluk lain.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy