Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terbalik sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Keroh, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Keroh, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Penolong Bomba Tinggi II Zulhilmi Baharudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.52 petang sebelum pasukan bomba tiba di lokasi hanya seminit kemudian.
Beliau memaklumkan, sebaik tiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mangsa telah berjaya keluar daripada kereta jenis Proton Saga yang mereka naiki.
“Kesemua mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan sempat keluar daripada kenderaan yang sedang terbakar sebelum pasukan bomba tiba,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Zulhilmi, mangsa yang berusia antara 11 hingga 50 tahun itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur sebelum kenderaan mereka hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.
“Kereta tersebut kemudian terbalik dan mula mengeluarkan percikan api. Mujur kesemua mereka sempat menyelamatkan diri sebelum api merebak dan memusnahkan keseluruhan kenderaan,” ujarnya lagi.
Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan peralatan salur bantu mula dari jentera sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?