NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Nahas Helikopter Ragut Nyawa 2 Menteri

Nahas Helikopter Ragut Nyawa 2 Menteri

Dua menteri Ghana iaitu Menteri Pertahanan dan Menteri Alam Sekitar telah disahkan maut dalam satu insiden nahas helikopter tentera udara semalam. Helikopter yang membawa tiga kru dan lima penumpang itu terhempas di kawasan hutan tebal di selatan negara tersebut.

Rakaman video dari lokasi kejadian yang disiarkan oleh stesen Joy News menunjukkan serpihan helikopter yang terbakar. Dua menteri terbabit, Edward Omane Boamah dan Ibrahim Murtala Muhammed, antara mangsa yang terkorban.

Media tempatan melaporkan bahawa mereka sedang dalam perjalanan untuk menghadiri taklimat berkaitan isu perlombongan haram yang memberi kesan kepada alam sekitar di Ghana.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kesemua lapan individu dalam helikopter itu terbunuh dalam insiden di wilayah Ashanti.

Menurut tentera, helikopter tersebut hilang dari radar tidak lama selepas berlepas dari ibu negara Accra sekitar jam 9 pagi waktu tempatan, dengan destinasi ke bandar Obuasi.

Turut terkorban ialah Timbalan Penyelaras Keselamatan Negara dan bekas Menteri Pertanian, Alhaji Muniru Mohammed, serta Naib Pengerusi Parti Kongres Demokratik Nasional, Samuel Sarpong.

Tentera Ghana kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. – Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy