NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Brek Bermasalah, Bas Kilang Bawa 29 Warga Indonesia Terbabas

Brek Bermasalah, Bas Kilang Bawa 29 Warga Indonesia Terbabas

6 pekerja kilang cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas di selekoh berbukit berhampiran Suria Vista Apartment, Jalan Paya Terubong, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 7.24 pagi. Bas jenis Nissan itu membawa 29 pekerja dan seorang pemandu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, sebelum dipercayai mengalami masalah brek lalu hilang kawalan.

Kemalangan berlaku ketika bas dari arah Kampung Jawa menuju ke Paya Terubong. Pasukan Bomba dari BBP Paya Terubong tiba di lokasi pada jam 7.34 pagi. Enam mangsa mengalami cedera ringan di bahagian muka, tangan dan kaki, manakala 24 penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua mangsa cedera, berusia antara 22 hingga 26 tahun dan merupakan warga Indonesia, dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Operasi turut melibatkan pihak polis dan pegawai perubatan KKM, dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.27 pagi selepas kerja pembersihan sisa kemalangan selesai. – Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy