NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tragedi Di Gua Musang: Empat Nyawa Dikebumikan Bersama

Tragedi Di Gua Musang: Empat Nyawa Dikebumikan Bersama

Empat jenazah mangsa kemalangan tragis membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Gua Musang pada Isnin telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bemban, sekitar jam 11.30 malam.

Sebelum itu, kesemua jenazah dituntut oleh ahli keluarga di Jabatan Forensik Perubatan, Hospital Gua Musang, selepas selesai proses bedah siasat.

Kemalangan yang berlaku pada jam 9.15 pagi di Jalan Utama Felda Chiku 1 itu meragut nyawa empat individu termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang lagi cedera parah.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Muhammad Faiz Nor Amran, 32, adiknya Nor Aina Imra, 21, serta dua anak Muhammad Faiz  Muhammad Aryan Fattah, 5, dan Muhammad Ayden Fattah, 4.

Isteri kepada Muhammad Faiz, Tuan Norsyuhada Mohd Zain, 23, yang memandu kenderaan tersebut, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy