Lima kematian telah direkodkan susulan kemalangan jalan raya berkaitan dengan Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu pada Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihak polis menghargai kerjasama baik yang diberikan oleh penganjur serta peserta sepanjang acara itu.
Namun begitu, beliau menasihatkan agar peserta lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan tragedi sama berulang.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua peserta kerana menunjukkan sikap positif dengan mematuhi peraturan, undang-undang serta aspek keselamatan yang telah ditetapkan sepanjang perjalanan mereka ke dan dari program RXZ 7.0 di Terengganu,” katanya ketika ditemui pada PDRM Special Dialogue III 2025.
Menurut Mohd. Yusri, JSPT akan terus meningkatkan kerjasama untuk memudahkan serta membantu peserta himpunan itu, selain memastikan peraturan jalan raya dipatuhi.
“Tindakan tegas juga akan diambil sekiranya ada peserta yang melakukan kesalahan seperti menunggang secara berbahaya atau mengganggu pengguna jalan raya lain,” jelasnya.
Himpunan RXZ 7.0 yang diadakan pada 23 Ogos lalu berjaya menarik lebih 150,000 peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara. Media sebelum ini melaporkan empat kes kematian membabitkan peserta program tersebut ketika mereka dalam perjalanan ke lokasi acara. – Kosmo!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?